Resepi ni taken from my lil brother yg study kat Mesir tu. Since he said at Mesir, there's no Kaya sold. So, they made kaya themself.. kiut j dengar anak bujang tu pandai masak Seri kaya kan?? But this resepi I alter sket..
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 ringgit santan pekat (500gm)
5 biji kuning telur
2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan
1. Satukan telur, gula ( gula perang + gula pasir )dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selalu. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api. ( karemal ni additional, kalau nk bubuh gula perang n gula pasir saje pon ok. X perlu karemal lg. )
3. Kacau adunan no 1, dgn whisk dan masukkan karamel tadi sambil terus mengacau.
4. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan whisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.
Okey kata Apis, kalau nk kasi lagi pekat bancuh sket tepung kastart and masuk kan skali dlm bancuhan td..kacau rata. Tp I letak garam sikit biar dia ada rasa lemak2 bukan nk kasi masin tau..nak kasi rasa lemak..
Try la.. sedappp. Tp kalau kat Malaysia..beli j la..murah j kat kedai runcit pon belambak. Keh keh keh..
Note : resepi seri kaya ni lebih kurang mcm resepi kuih seri muka bahagian atas. Yg bawah dia pulut tu.. Okey kalau nk buat kuih seri muka ni kena campur kan tepung gandum 120g dan 3tbs tepung jagung kedalam bancuhan. tapis bancuhan tu sepaya xde berketul2. Then, tuang diatas pulut yg ada pulut dan kukus la selama 45min atau 1jam....Tp bancuhan tu make sure jgn terlalu pekat n x terlalu cair tau. Okey la, nnt I post resepi kuih seri muka betul2. Google from Myresepi.com for sure. hehe.. Chio!
No comments:
Post a Comment