The Road of Life..

Loading...

Monday, August 16, 2010

Tips mengatasi bahagian kereta yg berkarat

~~~~~~~~~~~~

Hi...iklan sikit. Tengah syiok2 update pasal Euro trip, nk iklan sikit pasal tips menjaga kereta yg berkarat.

Okey...your truely ada cerita pasal Kereta Suria baja Hitam yg ada kesan "scretch" a few week ago kan. Random bad news No.7 Now, from the scratch, I da boleh nampak ada kesan2 karat da mula merebak. ;'( sooo sad. Adussssss...robek hatiku. Siang malam asyik terpikir pasal keta tu. Selagi x betulkan..sedih sangattt... Bukan ape,kesan karat ni, kalau tak dikawal akan merebak, malah nnt kos membaik pulih kesan karat menjadi lebih mahal. Dulu, kereta your truely Proton tu pon mcm tu jugak. Tp sbb selalu berembun, bahagian bumbung tu berkarat. Lepas tu, bnyk kali hantar kedai untuk cat...tak lama, beberapa bulan lepas tu jadi gelembung2 balik..lepas tu, terkupas balik kesan cat. So, continiues maintenance la kat situ kan.

Td, Your Truely google la pasal cara2 nk mengatasi kesan karat ni dr merebak kan. Sayang sangat kereta tu.. Hasil titik peluh 1st time keje pakai duit sendiri. Walaupon now, it be our second car, n comot..tp your truely sayang giler kereta tu. Xpe la..da nasib kan. malang x berbau..hehe

Dari pembacaan, dapat la your truely sedikit tips2 yg boleh share kat sini. Hope leh jadi panduan untuk semua.


TIPS:

1. Jika mengesan tanda karat, buang dengan pisau kecil. Kikis kesan karat itu bersama lapisan cat. Lakukan dengan cermat supaya tidak kena bahagian lain.

2. Bersihkan bahagian itu menggunakan air suam dan sabun pencuci khas kereta untuk menanggalkan kesan ‘wax’ dan daki kotoran.

3. Tutup sebarang lubang yang terjadi menggunakan ‘filler(bahan tampalan) berwarna putih atau warna tanah untuk diratakan di permukaan ini.

4. Apabila kering, gunakan kertas pasir untuk digosokkan pada permukaan yang ditampal tadi untuk merata serta melicinkannya.

5. Apabila telah rata dan bersih, sapukan cat asas bertujuan melindungi logam. Ia boleh memberi perlindungan berpanjangan bagi mencegah karat dari berulang.

6. Setelah cat asas betul-betul kering, barulah boleh disapu cat kereta. Gunakan berus yang disertakan atau berus halus supaya dapat mengawal dan mengecat bahagian itu dengan teliti.

7. Biarkan lapisan pertama ini kering sebelum diulangi sehingga lapisan permukaan kelihatan sama rata dan seimbang.

8. Untuk penjagaan secara umum, langkah berikut boleh dilakukan;
a) Periksa selalu lubang saliran pada rangka, lantai dan bahagian bawah kereta supaya lembapan tidak terperangkap pada bahagian terbabit.
b) Pastikan bahagian bawah kereta disembur dengan pancuran air yang kuat, sebulan sekali.
c) Buangkan objek yang menyerap lembapan dari bahagian dalam kereta untuk mengelakkannya berkarat.

Notes : Agak2 berapa ek cost nk kikis,boh filler, sapu cat asas, cat kereta, cuci kusyen and polish..??? heh heh heh.. patut ke kalau your truely keluarkan duit ASB?? Kena buat cepat..if not, makin teruk la kereta tu nnt..namo namo!! ( sambil geleng2 kepala mcm Maysara bila org nk dukung dia..Haha)


.

No comments: