The Road of Life..

Loading...

Monday, August 30, 2010

Resepi kuih raya pilihan, mudah dan sedap..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Update resepi yg I google kat sini..carik resepi yg simple2 j..nk main2 masak2 cookies pulak..hihi ;P

Nnt kalau tetiba jadi rajin..boleh la try..

Shortbread Cookies

Bahan biskut
240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas
500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :
Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan ‘cutter’ ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.

Masukkan semula alat ‘cutter’ ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut ‘cutter’ dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Credit to Belionline


RESEPI CORNFLAKE MADU


Bahan-bahan

Cornflake - 2 kotak nestle corn flakes
Madu - 1 1/2 cawan
Gula - 1 cawan
Majerin planta - 1 cawan
Peanut butter - 1 1/2 cawan
Urai (colouring chocolate rice) - tabur
Cup kertas

Cara-cara :

Panaskan majerin.
Masukkan gula dan madu.
Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
Dah masak.

Better masuk oven coz cornflakes tu akan bercantum.

Credit to SaujanaUtama3

Resepi Biskut Arab

Bahan-Bahan:

500 gm tepung gandum ( goreng kering )
250 gm gula halus
250 gm minyak sapi

Cara:

Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
Kemudian digolekkan di atas gula halus/susu tepung.

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahannya
6 oz mentega
4 oz icing sugar
6 oz tepung gandum
4 oz tepung custard
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu vanilla
secukup chocolate rice
secukup paper cup

Cara-caranya

Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan
uli hingga sebati. Parutkan adunan ini dan masukkan
kedalam paper cup. dan taburkan chocolate rice
diatasnya. Bakar 150deg 10 mins.

Resepi Biskut Almond London


BAHAN-BAHAN (150 bIJI)

250 gm mentega/butter
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (tiada pun tak apa)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan

CARA-CARA
1)Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2) lepas 2,Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. Masukkan serbuk badam.
3)Pada bekas lain, ayak tepung jagung, tepung beras, baking powder, tepung jagung, lepas masukan dalam adunan no 2, sikit demi sikit.
4)Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
5) Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
6)Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
7)Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Resepi Biskut Samprit


Bahan-bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
buah ceri untuk hiasan

Cara2 menyediakan
1. butter dan gula dipukul hingga sebati
2. kemudian masukkan kuning telur.
3. masukkan esen vanilla dan tepung kastard.
4. setelah sebati masukkan tepung gandum dan diuli hingga menjadi doh.
5. tekan doh di dalam acuan samprit hingga membentuk seperti bunga. letakkan ceri.
6. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

Resepi Biskut Chocolate Chip Sedap

Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )
375 gm tepung gandum
95 gm tepung jagung
240 gm gula perang
360 gm mentega / marjerin
4 sb serbuk koko
1 biji telur
6 sb chocolate chips
6 sb chocolate rice
6 sb badam cincang (disangai sedikit)
6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
1 st esen vanila

Cara-cara

Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C

Credit to hakimfaridzul.com

Nota : Cik Lyzz x berapa semangat nk buat sbb oven kat rumah tu kecik.. ;'( Tunggu dia bertukar jd besar br best sket nk buat project masak2 kan?? hihihi..

.

2 comments:

rambomadonna said...

Tumpang lalu. Resipi2 nie dah cuba ke belum? Tapi nampak cam sedap.

Little Lizzy said...

Hi...Cik Lizzy da cuba yg simple2 mcm biskut suji,semprit dan mlm td buat biskut konfleks madu tu..sedap sangat. 1st time try resepi konfleks madu yg ada bubuh peanut butter..mmg lain sikit..tp sedap sgt. Cuba la.. Biskut semprit Cik Lizzy tukar sket resepi tu..bubuh serbuk choclate 1/2 cawan. lepas tu tabur choc rice..Yummyilicious you..! Selamat Hari Raya dan selamat mencuba ye..nnt share la gambar bila da jadi..;)